Monday 1 July 2013

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH ANJURAN UNIT LATIHAN DAN PERKHIDMATAN

Pada 27 Jun yang lalu unit latihan dan perkhidmatan (LADAP) dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan pendedahan kepada 30 orang guru SKIP. Program telah diadakan di bilik komputer SKIP.  Pn. Aniah bt Noh telah menyampaikan ceramah tersebut. 

Semoga program ini akan dapat memberi manfaat kepada semua warga sekolah yang terlibat ke arah mewujudkan permuafakatan yang berterusan di dalam membanteras najis dadah di sekolah.

                                  





Saturday 15 June 2013

DEMONSTRASI ANJING PENGESAN DADAH OLEH DI RAJA MALAYSIA CAWANGAN IPOH






SKIP DISERANG!!


Demonstrasi anjing pengesan


murid-murid leka melihat aksi anggota polis dan anjing


Beng dan Alai yang comel


tangkas sekali


polis yang segak bergaya


En Siva sedang menerangka proses arahan kpada anjing pengesan yang bernama 'Alai' dan 'Beng'




anggota polis dan Alai






Friday 24 May 2013

GOTONG-ROYONG KECERIAAN & IMPAK UNTUK BILIK SUMBER PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

Bilik sumber PPDa SKIP telah menjuarai pertandingan bilik sumber PPDa kategori sekolah rendah dan sekali gus SKIP menjadi wakil negeri Perak ke peringkat Kebangssan. Lantaran dari itu, satu program gotong royong keceriaan telah diadakan untuk membuat persiapan dalam menyertai pertandingan ini.


Cikgu Siti Haslina berusaha menyiapkan mural



Cikgu Jamal yang rajin

Semoga dengan adanya program ini akan mengeratkan silaturrahim di antara warga SKIP

Wednesday 1 May 2013

MASALAH DADAH DI MALAYSIA





JENTERA PENTADBIRAN DADAH
Usaha awal kerajaan bagi menghadapi masalah dadah adalah melalui tindakan undang-undang dengan menggunakan Akta Dadah Berbahaya 1952.Walau bagaimanapun, pelaksanaan undang-undang ini dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan berkenaan secara berasingan.Usaha-usaha untuk menyelaraskan penguatkuasaan undang-undang ini hanya mula dibuat pada tahun 1972,apabila Pusat Biro Nakotik bertanggungjawab mengawal dan mengawas masalah dadah dalam bidang penguatkuasaan,pencegahan,penyelarasan dan penyelidikan.Biro ini dibubarkan dan diganti dengan Urusetia Dadah pada Ogos 1979 dan pada 1983 diganti oleh Pasukan Petugas Anti Dadah.Tugas penguatkuasaan Biro diambil alih oleh Cawangan Anti Dadah,Polis DiRaja Malaysia.Pasukan Petugas Anti Dadah akhirnya dimasukkan ke Kementerian Dalam Negeri 1995.Agensi Dadah Kebangsaan diwujudkan pada 1996 setelah kerajaan bersetuju terhadap hasil percantuman Pasukan Petugas Anti Dadah dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah,Kementerian Dalam Negeri.

Setelah organisasi di atas,negara juga mempunyai jawatankuasa khusus seperti penubuhan jawatankuasa Kabinet Mengenai Dadah pada tahun 1975.Jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri bertanggungjawab untuk mnyemak dan menetapkan satu dasar mengenai penggunaan,pencegahan dan pembasmian dadah.Di samping itu,Unit Bertindak Eksekutif yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri juga telah ditubuhkan dalam tahun 1978.Unit ini bertanggungjawab kepada jawatankuasa Kabinet Mengenai Dadah,untuk menyelaras pelaksanaan segala keputusan/perakuan mengenai masalh dadah sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara pada 22 Jun 1983.Kerajaan telah mewujudkan Jawatankuasa Anti Dadah Kebangsaan dan diletak di bawah Majlis Keselamatan Negara.Pada 7 Februari 1996,kerajaan telah bersetuju menubuhkan Majlis Dadah Kebangsaan menggantikan Jawatankuasa Anti Dadah untuk mencegah dan mengawal masalah dadah di negara.


KEDUDUKAN MASALAH DADAH NEGARA
Masalah dadah masih lagi merupakan masalah keselamatan negara khususnya yang berkaitan dengan penagihan dan pengedaran dadah.Pengesanan penagihan serta tangkapan pengedar masih lagi belum reda malah makin bertambah.Beberapa jenis dadah yang dulunya masyhur di negara barat mula mengancam beberapa negeri dan telah ditagih.Dadah ini telah lama dikenal pasti tetapi dikurangkan publisitinya untuk memberi kesan kepada program pencegahan.Ini termasuk pil ecstasy dan syabul.Rampasan kokain pula mula dilaporkan pada tahun 1996 walaupun penagihannya belum dikenal pasti.


KESIMPULANNYA
Pada keseluruhannya masalah dadah di Malaysia masih lagi terkawal walaupun jumlah dadah yang dirampas masih lagi berkurangan daripada jumlah penagih yang dikesan menggunakannya.Penagih aktif yang dikesan pula masih tidak ramai kerana ia hanya sekitar 0.6 peratus daripada jumlah penduduk.Jumlah ini amat kurang jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Thailand,Laos dan Pakistan.


Saturday 13 April 2013

PROGRAM MINGGU PPDa

"SEKOLAH BEBAS DADAH'
'NEGARA BEBAS DADAH TAHUN 2015"


Program Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan satu program yang diberi keutamaan kerana ia melibatkan semua murid dan warga sekolah dan merupakan strategi awalan untuk pencegahan awal murid-murid dari terjebak ke arah gejala yang negatif. langkah-langkah positif sepatutnya diambil di peringkat sekolah rendah bagi membanteras najis dadah.

Pada 8 April 2013,  Kelab PPDa tela mengadakan minggu PPDa yang telah dirasmikan oleh Pn. Wiza Rozahrin bt Mohd Radzi, Penolong Pengarah PPDa JPN Perak. program ini berakhir pada 12 April 2013.
Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mengarang, mencipta sajak, melukis poster, mewarna dan banyak lagi.



murid-murid sedang mencari ilham untuk mencipta sajak





Antara aktiviti yang sempat diambil oleh saya



Puzzle Dadah

Bas Pintar dari AADK Kebangsaan






Antara sudut PPDa di bangunan sekolah

Friday 12 April 2013

PAMERAN BAS PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

SK Iskandar Perdana dengan kerjasama AADK Kebangsaan dari Kuala Lumpur telah mengadakan pameran Bas Pintar yang berlangsung di perkarangan padang sekolah. Pameran ini diadakan adalah usaha berterusan dalam penyebaran maklumat dan meningkatkan kesedaran terhadap bahaya penyalahgunaan dadah di sekolah kepada murid-murid SKIP. Semua murid akan didedahkan dengan lebih dekat dan mendalam mengenai isu dadah.

















Antara pameran yang dipamerkan di dalam bas pintar ini